PERUNDING KANAN

Azizi Zulkefli dilahirkan pada 4 Mac 1982 di Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Memulakan pengajian di peringkat rendah di Sekolah Kebangsaan Jempol, Bahau, Negeri Sembilan. Kemudian menyambung pengajian menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Abdullah, Astana Raja, Rembau. Selesai pengajian menengah, menyambung pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana Muda di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan memperoleh Ijazah Sarjana Muda Undang-undang dengan kepujian.

Mempunyai pengalaman bekerja di dalam bidang harta intelek di sebuah firma harta intelek di Kuala Lumpur dan kemudian berpindah ke sebuah agensi kerajaan di Kuala Lumpur , juga bertugas di dalam hal ehwal harta intelek. Berpengalaman memberi khidmat nasihat berkenaan harta intelek, penjenamaan, pengkomersilan produk dan perkhidmatan kepada syarikat-syarikat, institusi pengajian dan orang awam.

Azizi merupakan Ejen Cap Dagangan (Trade Mark Agent) dan Ejen Rekebentuk Perindustrian (Industrial Design Agent) berdaftar dengan Perbadanan Harta Intelek Malaysia. Azizi juga merupakan jurulatih bertauliah Perbadanan Sumber Manusia Berhad (HRDF) dan penulis di Majalah Niaga.