Pendaftaran Jenama Sebagai Cap Dagangan / Trademark

CLICK HERE FOR ENGLISH VERSION

NOTA: SEMUA MAKLUMAT YANG DINYATAKAN DI BAWAH ADALAH YANG TERKINI DAN SAH UNTUK TAHUN 2025.

“Lindungi jenama anda sebelum pesaing meniru!!”

Nama saya Azizi. Saya merupakan ejen cap dagangan berdaftar dengan Perbadanan Harta Intelek Malaysia. Saya diberi mandat oleh pihak Perbadanan untuk menguruskan dan memudahcara pendaftaran cap dagangan di Malaysia dan seluruh dunia. Saya berpengalaman lebih 17 tahun di dalam menguruskan proses pendaftaran cap dagangan.

Anda tidak perlu memandu beratus-ratus kilometer ke pejabat MyIPO dan terpaksa berulang-alik semata-mata untuk membuat pendaftaran. Anda juga boleh mengelakkan risiko kesilapan semasa mendaftar yang mungkin akan menyebabkan pendaftaran cap dagangan anda ditolak oleh pihak MyIPO dengan menggunakan khidmat ejen berpengalaman.

Pendaftaran anda saya boleh uruskan menerusi emel dan WhatsApp sahaja. Jimat wang dan masa anda!

Saya sebagai ejen cap dagangan berdaftar MyIPO, sedia membantu dari semakan awal sehingga kelulusan dan pengeluaran sijil.

Di bawah adalah di antara syarikat, organisasi dan institusi yang telah menggunakan khidmat saya di dalam pendaftaran cap dagangan:

Lihat lagi PELANGGAN-PELANGGAN SAYA.


PROSES PENDAFTARAN CAP DAGANGAN

Proses pendaftaran cap dagangan terdapat 3 peringkat:

PERINGKAT 1 – CARIAN:

Membuat carian jenama/logo yg ingin didaftarkan. Ini bagi memastikan jenama/logo tersebut tidak mempunyai persamaan dengan trademark yang sudah berdaftar, bagi mengelakkan pendaftaran ditolak disebabkan persamaan. Keputusan carian akan dikeluarkan 2-3 hari bekerja. Proses carian ini tidak wajib, tetapi digalakkan untuk dilakukan.

PERINGKAT 2 – PERMOHONAN:

Membuat pendaftaran, dengan menghantar borang pendaftaran ke MyIPO. Proses permohonan dan mendapatkan salinan pengesahan permohonan mengambil masa 2-3 hari bekerja. Proses pemeriksaan permohonan oleh pihak MyIPO mengambil masa sekitar 6 ke 12 bulan. Satu notis penerimaan (kelulusan) akan dikeluarkan sekiranya permohonan diluluskan.

PERINGKAT 3 – PEWARTAAN DAN PENDAFTARAN:

Cap dagangan yang telah mendapat kelulusan akan diwartakan di dalam warta kerajaan selama 2 bulan. Sekiranya tiada sebarang bangkangan difailkan dalam tempoh pewartaan tersebut, cap dagangan akan didaftarkan secara rasmi dan satu notis pemberitahuan pendaftaran cap dagangan akan dikeluarkan. Sijil pendaftaran bercetak boleh dimohon dengan bayaran tambahan.

SETIAP PENDAFTARAN AKAN SAH UNTUK TEMPOH 10 TAHUN DAN BOLEH DIPERBAHARUI SETIAP 10 TAHUN.

Proses nampak rumit? Jangan risau. Pihak saya akan uruskan semuanya untuk anda dari A–Z.

📲 Hubungi saya terus di WhatsApp untuk jawapan segera:


KOS PENDAFTARAN CAP DAGANGAN

Saya menawarkan harga pendaftaran pada kadar istimewa dan antara yang terendah di pasaran. Tujuannya tidak lain tidak bukan untuk membantu lebih ramai usahawan untuk mendapatkan pendaftaran cap dagangan pada harga mampu milik.

PERINGKAT 1

PERINGKAT 2

PERINGKAT 3

Untuk mendapatkan sebut harga penuh, hubungi saya segera:

atau emel ke [email protected]


BUKTI PENDAFTARAN

Selepas pihak kami menghantar permohonan untuk pendaftaran, kami akan emelkan kepada anda pengesahan pendaftaran daripada pihak MyIPO sebagai bukti bahawa permohonan telah dibuat. Anda boleh meletakkan tanda (TM) pada jenama atau logo selepas membuat permohonan pendafataran.

Di bawah adalah contoh pengesahan permohonan:

Selepas pendaftaran diluluskan dan diwartakan, anda akan menerima notifikasi pendaftaran secara percuma dan sijil pendaftaran dengan bayaran dan pendaftaran akan sah selama 10 tahun dan boleh diperbaharui setiap 10 tahun. Anda boleh meletakkan tanda (R) pada jenama atau logo anda selepas mendapat notifikasi dan sijil pendaftaran.

Contoh Notifkasi Pendaftaran:

Contoh Sijil Pendaftaran:

Sijil pendaftaran cap dagangan ini penting untuk tujuan-tujuan berikut:

  1. Mengambil tindakan undang-undang kepada penciplak sama ada di mahkamah atau membuat aduan kepada pihak KPDN
  2. Mengeluarkan produk ciplak atau tiruan dari platform e-commerce seperti Lazada, Shopee dan TikTok Shop.
  3. Memohon lesen papan tanda (signboard) dari pihak PBT.
  4. Memohon geran atau pinjaman perniagaan dari pihak kerajaan atau institusi perbankan.

SOALAN LAZIM (FAQ)

Apa beza tanda TM dan R?

Tanda (TM) biasa digunakan untuk menunjukkan sesuatu logo digunakan sebagai cap dagangan bagi sesuatu produk atau perkhidmatan. Tanda ini juga digunakan untuk menunjukkan sesuatu logo dalam proses untuk mendapatkan kelulusan pendaftaran dari pejabat pendaftar cap dagangan.

Tanda (R) pula ialah tanda menunjukkan sesuatu logo atau cap dagangan telah mendapat pendaftaran dari pejabat pendaftar cap dagangan. Untuk menggunakan tanda ini, pemilik logo mestilah telah mendapat sijil pendaftaran daripada pihak pendaftar.

Berapa lama tempoh sah pendafataran?

Setiap pendaftaran sah untuk tempoh 10 tahun dari tarikh permohonan. Setiap pendaftaran boleh diperbaharui setiap 10 tahun selagi mana cap dagangan tersebut masih digunakan.

Apa akan berlaku jika permohonan saya ditolak? 

Permohonan yang ditolak masih boleh dibuay rayuan. Saya akan bantu anda untuk membuat rayuan secara hujahan bertulis atau menghadiri sesi pendengaran.

Saya sudah daftar SSM, kenapa perlu lagi daftar trademark?

Pendaftaran nama syarikat atau perniagaan dengan pihak SSM / Pendaftar Perniagaan tidak membuatkan cap dagangan / logo yang berasaskan nama syarikat berdaftar secara automatik. Ia perlu didaftarkan secara berasingan dengan pihak Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO). Sebagai contoh, Maxis Communication Bhd telah mendaftarkan cap dagangan Maxis (berasaskan nama syarikat) dengan pihak MyIPO.

Adakah jenama yang ingin didaftarkan mesti mengikut nama SSM / Syarikat?

Tidak, jenama tidak perlu sama dengan pendaftaran SSM atau syarikat. Satu syarikat boleh mendaftarkan beberapa trademark yang berlainan dalam satu masa.

Saya belum lagi mendaftar perniagaan dengan SSM, bolehkah saya mendaftar?

Ya, boleh. Pendaftaran boleh dibuat menggunakan nama individu.

Adakah pendaftaran trademark di Malaysia sah untuk di seluruh dunia?

Tidak, hanya sah untuk di Malaysia sahaja. Jika ingin mendapatkan perlindungan trademark di luar negara, ia perlu didaftarkan secara berasingan di setiap negara. Kami ada menawarkan servis untuk mendaftar di luar negara.

Masih ada soalan? Boleh terus hubungi saya:


“Jenama anda adalah aset. Jangan tunggu sehingga ia ditiru.”

👉 [Dapatkan Konsultasi Percuma Sekarang]

Hubungi saya untuk maklumat lanjut:

Telefon/WhatsApp: +6019-3781629 (Azizi)

Email: [email protected]