RAYUAN CAP DAGANGAN

Setiap permohonan cap dagangan yang dibuat kepada Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) tidak dijamin kelulusan. Kelulusan bergantung kepada sama ada tanda dagangan itu memenuhi kriteria pendaftaran yang ditetapkan oleh Akta Cap Dagangan 2019 dan tidak mempunyai sebarang persamaan dengan tanda dagangan yang telah dipohon atau didaftarkan.

Jika sesuatu permohonan tidak memenuhi kriteria pendaftaran atau mempunyai persamaan dengan permohonan tanda dagangan sedia ada, pendaftar akan mengeluarkan surat yang dikenali sebagai NOTIS PENOLAKAN SEMENTARA atau NOTICE OF PROVISIONAL REFUSAL. Surat ini mesti dijawab dengan mengemukakan rayuan dalam tempoh 2 bulan dari tarikh surat tersebut dikeluarkan.

Antara sebab-sebab penolakan dikeluarkan adalah:

  • Menggunakan perkataan yang merujuk kepada sifat atau karakter produk atau perkhidmatan yang ditawarkan.
  • Cap dagangan itu tidak unik dan menggunakan perkataan biasa.
  • Ia mempunyai persamaan dengan cap dagangan sedia ada.

Rayuan mesti dibuat dengan mengemukakan hujahan bertulis. Hujah-hujah ini mesti disokong oleh kes undang-undang dan bukti penggunaan cap dagangan di dalam aktiviti perniagaan.

Rayuan boleh dibuat dengan memfailkan hujahan bertulis atau menghadiri sesi pendengaran dengan pegawai MyIPO.

Jika anda memerlukan perkhidmatan saya untuk merayu sama ada rayuan bantahan atau rayuan dengan menghadiri sesi pendengaran, anda boleh menghantar e-mel surat bantahan yang diterima atau WhatsApp di 0193781629. E-mel kami [email protected]