Pendaftaran Jenama Sebagai Cap Dagangan

NOTIS: Semua info dan harga yang dipaparkan sah untuk tahun 2023.

PERKHIDMATAN PENDAFTARAN CAP DAGANGAN / TRADE MARK

Nama saya Azizi. Saya merupakan ejen cap dagangan berdaftar dengan Perbadanan Harta Intelek Malaysia. Saya diberi mandat oleh pihak Perbadanan untuk menguruskan dan memudahcara pendaftaran cap dagangan di Malaysia dan seluruh dunia. Saya berpengalaman lebih 14 tahun di dalam menguruskan proses pendaftaran cap dagangan. Anda tidak perlu memandu beratus-ratus kilometer ke pejabat MyIPO dan terpaksa berulang-alik semata-mata untuk membuat pendaftaran. Anda juga boleh mengelakkan risiko kesilapan semasa mendaftar yang mungkin akan menyebabkan pendaftaran cap dagangan anda ditolak oleh pihak MyIPO. Pendaftaran anda saya boleh uruskan menerusi emel dan WhatsApp sahaja. Jimat wang dan masa anda!

Di bawah adalah antara syarikat, organisasi dan institusi yang telah menggunakan khidmat saya di dalam pendaftaran cap dagangan:

PROSES PENDAFTARAN CAP DAGANGAN

Proses pendaftaran cap dagangan ada 2 peringkat:

Peringkat 1:

Membuat carian jenama/logo yg ingin didaftarkan. Ini bagi memastikan jenama/logo tersebut tidak mempunyai persamaan dengan trademark yang sudah berdaftar, bagi mengelakkan pendaftaran ditolak disebabkan persamaan. Keputusan carian akan dikeluarkan 2-3 hari bekerja. Proses carian ini tidak wajib, tetapi digalakkan untuk dilakukan. Anda juga boleh melakukan carian sendiri di laman web MyIPO .

Peringkat 2:

Membuat pendaftaran, dengan menghantar borang pendaftaran ke MyIPO. Proses mendaftar dan mendapatkan salinan pengesahan pendaftaran mengambil masa 1-2 hari bekerja. Kelulusan dan sijil akan dikeluarkan oleh pihak MyIPO sekitar 12 ke 18 bulan. Kelulusan boleh dipendekkan kepada 4 ke 8 bulan dengan membuat permohonan dipercepatkan. Bayaran tambahan akan dikenakan untuk permohonan dipercepatkan.

KOS PENDAFTARAN CAP DAGANGAN / TRADEMARK

Kos pendaftaran cap dagangan adalah seperti berikut:

PERINGKAT 1 – CARIAN: RM200.00

✅ Semakan jenama dengan pihak MyIPO

✅ Semakan sama ada jenama mematuhi syarat pendaftaran dan undang-undang cap dagangan.

✅ Laporan hasil carian

✅ Khidmat nasihat berkaitan jenama yang ingin didaftar

PERINGKAT 2 – PENDAFTARAN: RM1590.00

✅ Merangkumi bayaran pendaftaran dan fi perkhidmatan saya

✅ Bayaran adalah untuk 10 tahun pendaftaran

✅ Semua proses pengisian borang dan menghantar pendaftaran diuruskan

✅ Memantau semua proses pendaftaran sehingga sijil pendaftaran dikeluarkan

✅ Menjaga pendaftaran anda selama 10 tahun dan membuat peringatan untuk pembaharuan apabila sampai masa.

*Tambahan bayaran sebanyak RM1500.00 jika ada ingin membuat permohonan dipercepatkan dan RM100 untuk sijil pendaftaran bercetak. *Bayaran di atas adalah berdasarkan Akta Cap Dagangan 2019.

MAKLUMAT DAN DOKUMEN UNTUK PENDAFTARAN

Untuk mendaftar, anda boleh sediakan maklumat dan dokumen berikut:

  1. Jenama / Logo – dalam bentuk JPG, GIF, PNG, PDF, AI, PSD
  2. Salinan dokumen pendaftaran perniagaan (SSM) atau dokumen pemerbadanan syarikat atau salinan kad pengenalan.
  3. Alamat surat menyurat
  4. Alamat emel
  5. Ringkasan produk atau perkhidmatan yang ditawarkan di bawah jenama yang hendak didaftar.

Semua di atas boleh di emelkan ke [email protected] atau Whatsaap ke nombor 019-3781629. Selepas mendapat semua dokumen dan maklumat di atas, kami akan menyediakan invois untuk pembayaran.

BUKTI PENDAFTARAN

Selepas pihak kami menghantar permohonan untuk pendaftaran, kami akan emelkan kepada anda pengesahan pendaftaran daripada pihak MyIPO sebagai bukti bahawa permohonan telah dibuat. Anda boleh meletakkan tanda (TM) pada jenama atau logo selepas membuat permohonan pendafataran. Di bawah adalah contoh pengesahan pendaftaran:

Selepas pendaftaran diluluskan dan diwartakan, anda akan menerima sijil pendaftaran dan pendaftaran akan sah selama 10 tahun dan boleh diperbaharui setiap 10 tahun. Anda boleh meletakkan tanda (R) pada jenama atau logo anda selepas mendapat sijil pendaftaran. Contoh Sijil Pendaftaran:

KESAN TIDAK MENDAFTAR JENAMA SEBAGAI CAP DAGANGAN

Dalam sistem pendaftaran cap dagangan, siapa yang mendaftar dahulu akan mendapat hak prioriti terhadap cap dagangan tersebut dan jika anda cuba mendaftar cap dagangan yang sama, permohonan anda sudah pasti akan ditolak oleh pihak pendaftar dan anda perlu membuat hujahan atau rayuan untuk membuktikan bahawa andalah pemilik sebenar cap dagangan tersebut. Jika anda gagal membuktikan bahawa anda adalah pemilik asal cap dagangan tersebut, anda mungkin akan kehilangan hak terhadap jenama tersebut dan terpaksa menukar jenama anda. Saya ingin mengambil contoh jenama ‘Ujang’ yang terkenal dengan komik kartun lawak antarabangsanya. Semua sedia maklum yang jenama Ujang adalah berasaskan nama kartunis Ujang yang menjadi pengasas kepada jenama tersebut. Namun, akibat cetek pengetahuan berkenaan harta intelek, pihak lain telah mendaftakan jenama ‘Ujang’ di bawah nama pemilik lain dan kartunis Ujang telah kehilangan hak terhadap jenama yang diasaskannya.

Satu lagi seperti contoh keratan akhbar di atas, jenama Mat Salai menghadapi masalah apabila diciplak oleh pihak lain. Sudah tentu syarikat akan mengalami kerugian apabila pelanggan keliru tentang jenama yang sama berada di pasaran tetapi dimiliki oleh pemilik yang berbeza. Tindakan mahkamah boleh diambil tetapi akan memakan masa, kos dan rumit. Jika jenama ini didaftar terlebih awal, lebih mudah tindakan boleh diambil. Jadi sejauh mana popularnya sesuatu jenama tetapi jika asasnya tidak kukuh, maka ia berdepan dengan ancaman yang amat merugikan. Asasnya ialah pendaftaran cap dagangan.

———————————————————————————————————

SOALAN LAZIM PENDAFTARAN CAP DAGANGAN / TRADE MARK

Bagaimana hendak mendaftar cap dagangan?

Pendaftaran cap dagangan boleh dibuat kepada Perbadanan Harta Intelek Malaysia. Pemohon hendaklah mengisi borang yang disediakan oleh pihak perbadanan dan membuat bayaran yang ditetapkan. Pendaftaran juga boleh dibuat menerusi ejen cap dagangan yang berdaftar dengan pihak Perbadanan.

Apa beza tanda TM dan R? Tanda (TM) biasa digunakan untuk menunjukkan sesuatu logo digunakan sebagai cap dagangan bagi sesuatu produk atau perkhidmatan. Tanda ini juga digunakan untuk menunjukkan sesuatu logo dalam proses untuk mendapatkan kelulusan pendaftaran dari pejabat pendaftar cap dagangan. Tanda (R) pula ialah tanda menunjukkan sesuatu logo atau cap dagangan telah mendapat pendaftaran dari pejabat pendaftar cap dagangan. Untuk menggunakan tanda ini, pemilik logo mestilah telah mendapat sijil pendaftaran daripada pihak pendaftar.

Berapa lama tempoh sah pendafataran?

Setiap pendaftaran sah untuk tempoh 10 tahun dari tarikh permohonan. Setiap pendaftaran boleh diperbaharui setiap 10 tahun selagi mana cap dagangan tersebut masih digunakan.

Adakah pendaftaran trademark wajib? 

Jawapannya ialah tidak. Pendaftaran cap dagangan tidaklah menjadi kewajipan sebagaimana pendaftaran syarikat atau perniagaan jika ingin memulakan perniagaan. Namun begitu, pendaftaran cap dagangan bagi produk dan perkhidmatan adalah amat penting bagi mendapatkan hak eksklusif terhadap sesuatu cap dagangan serta mendapat perlindungan undang-undang sekiranya berlaku pelanggaran hak cap dagangan seperti cap dagangan digunakan tanpa kebenaran, cap dagangan ditiru dan sebagainya. Saya sudah daftar SSM,

Kenapa perlu lagi daftar trademark?

Pendaftaran nama syarikat atau perniagaan dengan pihak SSM / Pendaftar Perniagaan tidak membuatkan cap dagangan / logo yang berasaskan nama syarikat berdaftar secara automatik. Ia perlu didaftarkan secara berasingan dengan pihak Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO). Sebagai contoh, Maxis Communication Bhd telah mendaftarkan cap dagangan Maxis (berasaskan nama syarikat) dengan pihak MyIPO.

Adakah jenama yang ingin didaftarkan mesti mengikut nama SSM / Syarikat?

Tidak, jenama tidak perlu sama dengan pendaftaran SSM atau syarikat. Satu syarikat boleh mendaftarkan beberapa trademark yang berlainan dalam satu masa.

Saya belum lagi mendaftar perniagaan dengan SSM, bolehkah saya mendaftar?

Ya, boleh. Pendaftaran boleh dibuat menggunakan nama individu.

Adakah pendaftaran trademark di Malaysia sah untuk di seluruh dunia?

Tidak, hanya sah untuk di Malaysia sahaja. Jika ingin mendapatkan perlindungan trademark di luar negara, ia perlu didaftarkan secara berasingan di setiap negara. Kami ada menawarkan servis untuk mendaftar di luar negara.

Saya ada jenama dan logo, perlu didaftar berasingan atau boleh disekalikan?

Ya, boleh didaftar sekali jenama dan logo dalam satu permohonan.

—————————————————————————————————–

Jadi bertindak sekarang! Daftar cap dagangan anda.  

Untuk maklumat lanjut, hubungi:

019-3781629 (AZIZI)

019-3173449 (CIK ASILAH)

Atau emel [email protected]